Neo Counter

Friday, October 21, 2011


Ada sebuah rahsia penting yang ingin saya sampaikan dalam tulisan ini. Sebuah rahsia yang maha dahsyat bila anda rutin melaksanakan solat sunat Tahajud. Solat yang dilaksanakan sepertiga malam dengan penuh keheningan, kerana di saat itu banyak orang yang tertidur lelap.

Pada saat itulah sebaik2nya anda bangun dari tidur. Mengambil air wudhu lalu melaksanakan solat sunah Tahajud. Boleh anda laksanakan 2 rakaat ditutup dengan witir 1 rakaat. Boleh juga 8 rakaat dan ditutup dengan witir 3 rakaat. Bila anda sanggup, boleh juga sampai 23 rakaat.

Namun, yang paling penting adalah konsistensi dalam pelaksanaannya. Lebih baik melaksanakan solat tahajud dengan rakaat yang sedikit tapi rutin tiap malam, daripada banyak rakaatnya tapi tidak rutin. Anda perlu konsisten dan memiliki komitmen yang tinggi dalam diri.

Hal terpenting dari solat tahajud adalah anda merenungi hidup ini, melakukan instropeksi di hari kemarin dan memohon ampunan kepada Allah dengan segera beristighfar dengan penuh ke khusyukan. Memohon diberikan kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pada esok hari, dan yang lebih penting berdoa kepada Allah agar di lapangkan rezeki.


Rahsia solat tahajud mungkin sudah pernah anda dapatkan. Dia datang berbeza-beza caranya. Ada yang cepat, dan ada yang lambat. Tergantung dari keredhaan Allah, dan cara kita berdoa. Terkadang kita sering terlupa bahawa doa adalah permohonan dan permintaan hambaNya yang memasrahkan dirinya agar diampuni dosanya, diberikan kemudahan hidup di dunia dan akhirat kelak. Merendahkan diri dihadapan sang penguasa langit dan bumi.

Semoga Allah mengabulkan doa-doa hambaNya yang berserah diri pada saat-saat keheningan sepertiga malam dengan melaksanakan solat sunah tahajud. Oleh kerananya, jangan lupa pula untuk selalu sadar diri bahawa akan ada hidup sesudah mati. Di dunia ini kita hanyalah seorang pengembara yang singgah sebentar, lalu pergi kembali.

No comments:

Post a Comment