Neo Counter

Friday, December 23, 2011

Islam is the way of life


Islam memberi petunjuk dari buaian ke liang lahad. Cara hidup Nabi Muhammad (saw) adalah cara hidup Islam. 24 jam kehidupan Nabi SAW adalah model yang paling sesuai untuk orang -orang yang mengikuti sehingga Hari Dooms. Cara ucapan, pakaian, berurusan dengan isteri-isteri, anak-anak dan orang-orang pada umumnya, berjalan beliau, persidangan itu, tidur itu, makan, cara dalam tandas sambil membuang air kecil / najis dan segala-galanya adalah model bagi kita. Nya berurusan sebagai pemerintah negara Islam, sebagai hakim, sebagai komander di ketua tentera, sebagai ketua keluarga dan lain-lain itu semua contoh-contoh untuk diikuti. Sebaik sahaja seorang wanita melahirkan anak, azan dibacakan Al-Quran telinga kanan dan iqamat dibacakan di telinga kiri bayi. 'Tahneeq (dikunyah tarikh, kuantiti kecil madu dan sebagainya)' yang diberikan kepada bayi dan bayi itu diberi nama yang baik.Selepas kematian, ia adalah wajib bagi orang Islam untuk berdoa janaza salatul untuk mati sebelum pengebumian mayat. Mayat perlu dilindungi dalam tiga helai pakaian seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah (SAW).

Islam mengajar kita bagaimana untuk mengendalikan semua hal ehwal kehidupan kita. Tiada agama lain pada ceramah bumi mengenai Ekonomi, Politik, Perang, Kedamaian, Hak Wanita, Hak Ibu Bapa, Hukuman dan Akibat, Ganjaran dan mengesakan Allah secara terperinci apa-apa. Kami juga diajar cara yang menghadapi semasa releiving diri, dan bagaimana untuk membersihkan diri selepas itu telah berlaku. Tiada agama hingga ke hari ini boleh sama kedalaman di mana Islam telah masuk ke dalam dan terjejas kehidupan kita mengambil Jemaat sehingga abad ke-19 untuk memikirkan bahawa wanita mempunyai jiwa dan boleh pergi ke syurga. Islam dibuat dengan jelas bahawa wanita orang, mempunyai hak-hak, dan akan diberi ganjaran atas tindakan mereka 1400 tahun yang lalu

Sunday, December 11, 2011

Ada Sungai Di Bawah Laut??

Tentu anda semua merasa pelik dengan fenomena ini. Tetapi inilah yang berlaku di dalam lautan Mexico. Sungai di dalam laut ini telah banyak diperkatakan, ini kerana kandungannya yang kaya dengan gas hidrogen sulfide (H2S) yang boleh membahayakan hidupan laut tetapi tidak kepada manusia.

“H2S itu bersifat asam, apabila bercampur dengan air laut atau garam yang terkandung dalam air laut, ianya boleh membahayakan hidupan laut tetapi tidak kepada manusia” kata Menristek Suharna Surapranata di pembukaan di The 4th GEOSS Asia – Pacific Symposium, Denpasar, Bali, Rabu 10 Mac 2010.

Ianya dikatakan ada kaitan dengan gunung berapi, magma dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Seperti diketahui, ‘sungai’ bawah laut yang terjadi di perairan Cenote Angelita, Mexico, pada kedalaman 60 meter itu bukanlah sungai sebenarnya. Warna kecoklatan seperti air sungai itu merupakan lapisan gas hidrogen sulfida. Namun warna kecoklatan itu bukan berasal dari air tawar.

Dikatakan,warna kecoklatan yang mirip seperti sungai itu adalah lapisan bawah gas hidrogen sulfida , gas yang biasa terhasil di saluran kumbahan. Suasana dalam laut itu mirip seperti sungai yang lengkap dengan pokok dan daun yang telah gugur. Menakjubkan…

Friday, October 21, 2011


Ada sebuah rahsia penting yang ingin saya sampaikan dalam tulisan ini. Sebuah rahsia yang maha dahsyat bila anda rutin melaksanakan solat sunat Tahajud. Solat yang dilaksanakan sepertiga malam dengan penuh keheningan, kerana di saat itu banyak orang yang tertidur lelap.

Pada saat itulah sebaik2nya anda bangun dari tidur. Mengambil air wudhu lalu melaksanakan solat sunah Tahajud. Boleh anda laksanakan 2 rakaat ditutup dengan witir 1 rakaat. Boleh juga 8 rakaat dan ditutup dengan witir 3 rakaat. Bila anda sanggup, boleh juga sampai 23 rakaat.

Namun, yang paling penting adalah konsistensi dalam pelaksanaannya. Lebih baik melaksanakan solat tahajud dengan rakaat yang sedikit tapi rutin tiap malam, daripada banyak rakaatnya tapi tidak rutin. Anda perlu konsisten dan memiliki komitmen yang tinggi dalam diri.

Hal terpenting dari solat tahajud adalah anda merenungi hidup ini, melakukan instropeksi di hari kemarin dan memohon ampunan kepada Allah dengan segera beristighfar dengan penuh ke khusyukan. Memohon diberikan kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pada esok hari, dan yang lebih penting berdoa kepada Allah agar di lapangkan rezeki.


Rahsia solat tahajud mungkin sudah pernah anda dapatkan. Dia datang berbeza-beza caranya. Ada yang cepat, dan ada yang lambat. Tergantung dari keredhaan Allah, dan cara kita berdoa. Terkadang kita sering terlupa bahawa doa adalah permohonan dan permintaan hambaNya yang memasrahkan dirinya agar diampuni dosanya, diberikan kemudahan hidup di dunia dan akhirat kelak. Merendahkan diri dihadapan sang penguasa langit dan bumi.

Semoga Allah mengabulkan doa-doa hambaNya yang berserah diri pada saat-saat keheningan sepertiga malam dengan melaksanakan solat sunah tahajud. Oleh kerananya, jangan lupa pula untuk selalu sadar diri bahawa akan ada hidup sesudah mati. Di dunia ini kita hanyalah seorang pengembara yang singgah sebentar, lalu pergi kembali.

Tuesday, July 12, 2011

Solat Taubat Penjernihan Jiwa

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."

Apabila Fitrah Menjadi Fitnah

Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, “cinta apa namanya jika tidak dating, perbualan telefon , sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?”

Remaja dan cinta?? 2 perkara yang bagaikan sudah sebati. Kisah suka-duka cinta remaja sering menjadi ilham para penyair, lirik dan komposer, dan bait-bait puisi para penyair. Habis segala ciptaan Tuhan dijadikan lakaran metafora dan analogy percintaan. Embun, pelangi, salju, bulan dan bintang semuanya dijadikan lambang bagi memuja kekasih.

Perubahan biologi dan psikologi remaja menyebabkan mereka menjadi peneroka cinta yang serba baru. Kekadang rasa cinta berputik lewat perkenalan dengan rakan sekelas, teman sepejabat atau cinta pandang pertama sewaktu sama-sama menunggu bas ketika hujan renyai-renyai. .aduss romatiknya!~Apabila disebut cinta terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet, Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony, Uda yang bersanding dengan Dara di pusara atau Qais yang sanggup menjadi majnun kerana terpisah dengan Laila. Itulah deretan kisah cinta rekaan, namun realitinya juga tidak kurang hebatnya. Ramai remaja yang sanggup meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati. Malah ada yang sanggup menukar agama untuk mendapatkan cinta. Ah! manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari…begitulah agaknya yea..

CINTA FITRAH SEMULA JADI
Rasa cinta bertandang di dalam jiwa tanpa diundang dan tanpa di seru.. Ia hadir tanpa kita sedari kewujudan cinta itu Dan kita adalah anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicintai.Lalu hati remaja selalu berkata, adakah salah kami bercinta? Ya! rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semula jadi yang Allah kurniakan kepada setiap makhlukNya. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan. Oleh kerana cinta itu fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidaklah kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemuliaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja sekarang. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Disinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Apabila kehendak semula jadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

CINTA YANG MEMBAKAR DIRI Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semula jadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan.

Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sekali-kali bermain api cinta, nanti terbakar diri..
Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan!!

Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari dengan kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak bertahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan sepaii….Hubungan cinta jangan dicemari oleh tindakan yang melanggar syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku.. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itu cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintanya. Lupalah diri kepada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan- Nya. Ah..bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

MENGAWAL DIRI DARIPADA CINTA TERLARANGTuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta terlarang. Seolah- olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya.Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun sudah jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah ‘orang’ yang ketiga. Lebih daripada itu pun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjelekkan – bohsia, bohjan, buang bayi dan zina..Ketika itu indahkah cinta?

PERATURAN CINTA

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Hendaklah cinta kita itu didasarkan kpd cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!. Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.


Sabda Rasulullah saw, "Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" . Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh sebab itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka ria. Lebih buruk lagi janganlah ada niat jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan laknatullah. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta itu pastinya bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua pihak sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya..Cinta Monyet!~Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya tiada pergaulan bebas, tiada pendedahan aurat, tiada perjumpaan tanpa ibu bapa,tidak mengabaikan perkara-perkara asas seperti meninggalkan solat, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya jika tidak ada dating, perbualan telefon secara maraton,, atau bahasa remajanya 'bergayut' ,surat cinta, tanpa sentuhan tangan, ciuman, kerlingan dan senyuman??

…Yakinlah bahawa tiada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh alam perkahwinan.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada cintanya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?





Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNYA. Cinta suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan sehingga pasangan itu bercinta lagi dengan 1000 keindahannya. Bahkan jika diizinkan olehNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat.. InsyaALLAH.. =)

Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga.. Tempat pertama yang melahirkan cinta!! Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

Kepada rakan2 sekalian, Ingatlah! “Cinta itu suci,janganlah kita mengotorinya”

Wallahu'alam….

''Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami.."