Dalam dewan peperiksaan SMU (A) TAQADDUM AL-MAARIF,23.5.2010
Aku melihat sahabat-sahabat seperjuanganku dalam pelbagai gelagat,
aku tersenyum sendirian,
anehkan manusia..
Allah jadikan manusia sama,
tapi kenapa hati dan jiwa mereka tak sama??
aku masih memikirkan jawapannya,
tp..aku tak mampu untuk fikir sejauh itu,
biasa laa manusia,
tahap pemikirannya terbatas..
Aku mula bosan berada dalam dewan,
bunyi bising sedang galak kedengaran,
jiwaku memberontak,
aku inginkan ketenangan,
aku mencintai kedamaian..
Aku segera menconteng kertas peperiksaan bm ku,
aku mula seronok menconteng,
jiwaku diterbang jauh oleh lamunan,
hatiku mula riang..
Ya Allah, hamba berterima kasih kepadamu,
kerana Engkau masih mengembalikan rohku ke dalam jasadmu,
aku masih boleh menghirup udara yang nyaman di muka bumi ini,
Terima Kasih Ya Allah..
Tersedarku dari lamunan,
kedengaran suara merdu Teacher keSayanganku,
teacher tersenyum dengan penuh makna,
aku juga turut tersenyum,
hanya jiwa-jiwa yang memahami sahaja boleh mengerti apa erti sebenar senyuman itu..
Dalam dewan SMU(A) TAQADDUM AL-MAARIF,23.5.2010
Hari ke-3 exam,
Aku sungguh relex,
tak tahu la nape,
perasaan berdebar tak pernah hadir dalam diriku semenjak bermulanya exam ini,
Aku exam BI paper 1 hari ini,
Alhamdulillah, aku dapat menjawab tanpa bantuan dari sesiapa,
Bahagianya hati ini,. Hanya Allah shaja yang mengetahui betapa bahagianya hati ini..
Dewan sunyi sepi,
tinggal beberapa orang pelajar je lagi,
aku malas agi nak keluar,
lagipun masa ada 45 minit lagi,
lebih baik aku berada dalam dewan dari kat luar,
kalu kat luar, mula la nak wat kelab Bual..
Dewan hari ini sungguh tenang,
mungkin gangster tak datang,
kan bagus kalu dia tak datang hari-hari,
amaan dewan,
cikgu-cikgu pon tak pening,
kitaorang pon tak pusing..
hu2..
Lepas nie exam BI paper 2 lak,
InsyaAllah..
Dengan izin Allah dapatku menjawab dengan baik..
Coretan ini ku tulis di kertas exam,
dalam dewan peperiksaan pulak tu,hu2..
xpe, isi masa terluang kan..
masa masih agi ada 35 minit,
pelajar semakin berkurangan,
mungkin aku jugak akan keluar, kesian kat Teacer Nurul dan Cikgu Kasmah menunggu,
Cikgu pon da mula boring,
k,ako chOw dulu..
Dalam dewan peperiksaan SMU(A) TAQADDUM AL-MAARIF,26.5.2010
Hari nie hari ke-4 exam,
Alhamdulillah.. ada 5 hari je lagi nak habis,
esok pastu minggu depan 4 hari lagi,
& hari khamis last sekolah, sambutan hari guru,
Bestnyer..
Hari sabtu 5 haribulan 6,
aku ada kem Smart Leaders kat Pantai Sri Telong asenya,
lg best...
kem tersebut khursus untuk Badan Pengawas, Badan Dakwah & Persatuan Ketua n Penolong kelas..eheeemmm...
Aku termasuk dalam golongan mana ek??
teka la ye..
Hari ahad 30 haribulan 5,
K.long n A.din akan balik dari sabah, kn cuti sekolah..
lg2 best..hu2
Sekarang tengah exam PAI iaitu Pendidikan Agama Islam,
aku bersyukur ke Hadrat Ilahi sebab aku dapat menjawab dan sudah siap pon menjawab kertas peperiksaan walaupun masa masih ada lagi 50 minit..
Dewan pon tengah sunyi sekarang,
di sebabkan ustaz kesayanganku turut serta berada di dalam dewan..
sO, boleh la aku melamun puas-puas tanpa bunyi bising tapi takkan puas jugak lepas nie punye..
Lepas je exam nie, aku exam akhlak pulak,
aku masih tak hafal lagi tapi hari ini nasib menyebelahiku kerana exam bermula pada jam 12.00 sO sempat la nak hafal..
Kan best lau bersekolah Arab, banyak bidang yang boleh di ceburi, tak rugi punye, InsyaAllah akan berjaya dunia dan akhirat.. amin..
Hari ni, cuaca sangat baik sekali,
burung berkicauan,
mataku mula mengantuk di sebabkan cuaca yang sangat baik, aduuh..
Jangan tido kok, nanti di marahin oleh ibu guru..hu2
YA ALLAH, Cikgu Aidawati
Cikgu terbaca coretanku,
aduuh malunyer,
nasib baik yang atas je,
kalu tak, kantOii...
Aku terbangun lewat tadi,
ingatkan nak bangun buka buku dulu,
tapi tak sempat,
aku terbangun pada pukul 6.30 pagi,
bersiap lebih kurang sampai pukul 7.10 pagi,
permata hatiku jugak terkejut aku baru nak berangkat ke sekolah,
kebiasaannya pukul 7.00 pagi sudah berada di sekolah,
tapi hari ni lain dEeh,
Hari ni jugak teman kesayanganku bertugas di pintu pagar sekolah.
ye bertugas bersama Penolong Pengawas iaitu k.wani yang cuTe tapi aku kesian kat k.wani, ye exam science paper 2,dah la SPM, aku ni just PMR je,
sO aku kene tolong k.wani, aku pon sambil-sambil bertugas,
baca buku rujukan PAI, nasib baik sempat walaupun di saat-saat akhir aku study,
dapat jugak aku menjawab dengan baik.. Alhamdulillah..
Hidupku penuh dengan warna-warni,
Kebahagiaan selalu hadir memenuhi ruang hidupku,
Sesiapa yang ingin menikmati hidup sepertiku,
amalkan petua ini..
"Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada,
Sentiasa terima ujian dengan hati yang terbuka,
Yakinlah bahawa ALLAH tidak akan menguji jika kita tidak mampu menempuhinya,
Redha dengan ketentuan ALLAH,
Sabar,Tabah,Cekal.Tawakal dalam menjalani kehidupan seharian,
InsyaALLAH dengan izin ALLAH kebahagiaan akan jadi milik kita bersama"
Aku menyayangi keluargaku dengan segenap jiwaku...
No comments:
Post a Comment