SMU (A) TAQADDUM AL-MAARIF,30.5.2010
Dengan wajah yang berseri-seri,
ku mula melangkah ke kawasan sekolah..
Hari nie,exam Matematik krts 1,
kertas 2 n hadis..
Inilah saat-saat yang ku nanti-nantikan,
iaitu menjawab kertas soalan matematik,
subjek kegemaranku..
Persediaan telah di buat,
Otakku amat bersedia, n
Aku amat yakin bahawa aku akan berjaya dalam peperiksaan ini nanti..
Aku segera berjumpa dengan teacer keSayanganku,
dialah guru yang mengajarku subjek matematik,
guru keSayanganku dan matapelajaran kegemaranku..
Aku menyalaminya,
memohon maaf,
dan meminta ye mendoakan kejayaanku..
gud lUck buat semua,wt leklOk,
mohon teacher..
Dalam dewan peperiksaan SMU (A) TAQADDUM AL-MAARIF,30.5.2010
Semua pelajar tingktn 3 di arahkan masuk ke dalam dewan,
Aku menenangkan jiwaku yang kian gemuruh,
Dengan lafaz Bismillah,
kaki kananku mula melangkah ke mejaku,
aku duduk dengan setenang-tenangnya..
Ustaz Rahimi mula berkata,
"Dengan lafaz Bismillah,
kamu semua boleh menjawab"..
Aku membuka kertas soalan,
ku meneliti setiap arahan yang di kehendaki oleh soalan,
ada beberapa soalan yang susah,
ku tinggalkan dahulu,
beralih ke soalan lain..
Beberapa minit Kemudian...
"Masa masih ada lagi 15 minit"..
kata ustaz Rahimi,
dadaku berdegup dengan kencang,
masih ada soalan yang belum dapat ku selesaikan,
aku cuba menenangkan fikiranku,
tapi aku x berjaya..
keyakinanku kian hilang..
Ya Allah,
Bantulah hambamu ini,
Sesungguhnya Engkau la tempat Kami meminta pertolongan,
desis hatiku..
Alhamdulillah,
kertas 1 matematik dapat ku siapkan walaupun masa tidak mencukupi..
Terima kasih Ya Allah..
Saat ku menghantar kertas jawapan,
hatiku hanya mampu bertawakal kepada Allah,.
Luar Dewan SMU (A) TAQADDUM AL-MAARIF
Melangkah diriku dengan langkah yang longlai,
meniggalkan dewan,
ku segera berjumpa teacherku,
mengadu bahawa masa tidak mencukupi,
teacher hanya mampu tersenyum..
Teacher terus memasuki bilik peperiksaan,
meninggalkan aku bersama temanku di hadapan biliknya,
aku cuba mengingati balik formula-fotmula yang telah ku pelajari,
tapi, otakku x dapat menerimanya..
dadaku terasa sesak..
Ustaz Hamdi memanggilku dan temanku,
Ustaz meminta tolong untuk membersihkan tangga blok A
kerana terlalu banyak sampah-sarap,
aku dan temanku segera membersihkan tangga tersebut..
Setelah siap,
ku menuju ke kantin,
kerana dewanku dekat dengan kantin dan teman2 seperjuanganku study di kantin,
ku melihat semua teman2ku berada di dalam dewan,
Ya Allah,
peperiksaan telah bermula,
dengan perasaan yang berkecamuk,
ku melangkah ke dalam dewan..
Kertas soalan matematik kertas 2,
ku buka,
membaca apa yang soalan kehendaki,
berulang-ulang kali ku baca tapi masih tidak dapat ku memahami apa yang dikehendaki soalan,.
Aku keliru,.
Ya Allah,
inikah ujianmu untuk hambamu ini,
air mataku gugur dan membasahi kertas soalanku,
mataku berpinar,
Ya Allah,
maafkan segala dosa-dosaku,
jauhilah hamba dari segala bisikan Syaitan Laknatullah,
rintih ku di dalam hati..
Aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatianku kepada soalan di hadapanku,
tubuhku jadi lemah,
kepala ku pening,
aku segera meletakkan kepalaku di atas mejaku,
ku cuba menarik nafas..
Masa masih ada lagi untuk menjawab soalan,
tapi aku mahu keluar dari dewan ini,
aku x mampu,
mudahnya aku mengalah..
aku dan temanku Jue,
melangkah keluar dari dewan dengan hati yang x rela,
Ake segera menuju ke blok A untuk bertemu dengan teacher,
tapi bilik teacher kosong,
aku segera ke Bilik Guru,
teacher tengah rancak berborak dengan sahabat baiknya,
iaitu ustazah yang nengajarku madah Feqah,
aku menunggu teacher di luar kerana tidak mahu menganggu teacher dan ustazah,
lebih kurang 20 minit ku menunggu,
aku kesian kepada temanku yang sanggup menemaniku,
berdiri di sisiku,
temanku mahu ke kantin tapi ku mahu menenangkan jiwa dan perasaanku,
temanku memaksa ku juga untuk ke kantin,
aku sebak,air mataku bercurahan dan aku meninggalkan temanku sendirian di situ......
Maafkan aku teman,
kerana melukai hatimu,
aku x sanggup untuk berdepan dengan teman2 yang lain,
aku malu sangat2..
Aku kecewa dengan diri ku,
aku selalu menghampakan harapan orang-orang yang mengharapkan aku,
Kenapa??? Aku terlalu kejam!!!
Aku manusia yang x berguna!!
Ya Allah,
kuatkan imanku,
teguhkan tiang agamaku,
kuatkan semangatku,
dan berikan aku petunjuk & kekuatan dalam menjalani hidup ini..
Amin ya robbal alamin...
Aku yakin,
aku mampu untuk berdepan dengan teman2ku,
semangatku kini kental,
terima kasih Ya Allah kerana meniupkan semangatku yang kian pudar,
Alhamdulillah..
Hatiku kini tenang,
aku mampu untuk menyembunyikan perasaanku yang sebenar,
aku tidak boleh lemah,
aku adalah Pejuang Islam..!!
aku kene kuat...!!
Teman2 ku bertanya tentang soalan matematik kertas 2 tadi,
aku hanya mampu tersenyum,
kekuatanku kian pudar apabila teman baikku bertanya,
aku x boleh menyembunyikan perasaanku yang sebenar kepadanya,
9 tahun kami berkongsi suka duka,
perasaanku telah sebati dengannya,
aku rebah di sisinya,.
Aku dan dia berjumpa teacher,
kali ke-2 ku menemui teacher,
teacher tetap berada di tempat yang sama..
30 minit ku menunggu,
ku tahu,
teacher memang sengaja tidak mahu keluar dan aku tahu teacher memang nampak aku berada di luar sejak kali pertama lagi ku datang,
mungkin teacher menggumpulkan segala kekuatannya,
teacher sudah jangka apa yang bakal ku katakan,
teacher tak mahu aku dan sahabat-sahabat melihat teacher lemah,
Terima Kasih Teacher atas segala-galanya..
Jasamu hanya Allah yang mampu membalasNya..
Teacer keluar dengan senyumannya,
dan masuk semula,
mungkin teacher tidak sanggup untuk menghadapinya..
Teacher keluar balik dan menuju kearah ku,
Teacher tanya, "cne exam? ok x?? senang je kan.."
aku berkata "Maaf teacher,x dapat jawab"..
Aku mengucup tangan teacher sambil berkata, "teacher,akma tak dapat menjawab exam td, maaf sgt2 taecher"
" MUSNAHLAH HARAPANKU.."
teacher berkata, lalu meninggalkan aku di situ,
aku bagaikan jantung tercabut apabila terdengar teacher berkata begitu..
aku terkapai-kapai mencari maksud tersirat di sebalik kata-kate teacher,
mungkin teacher terkilan dengan jawapanku,
MAAF TEACHER, Akma telah cuba sedaya upaya untuk menjawab kertas peperiksaan tersebut tapi aku gagal..
Aku hampir tersungkur di atas lantai, air mata bercucuran ibarat x ternilai..
Ya Allah..
"Aku kena terima hakikat bahawa tiap apa yang aku inginkan tak semestinya aku akan perolehi dan yang tak inginkan tak mestinya aku boleh tolak..
Hanya Tuhan yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya.."