Nama penuhnya Haji Abdul Malik Karim.. Beliau merupakan keturunan ulama..
Mencari pekerjaan di kedai buku ketika berumur 13 tahun.. penjual kedai menyakan upah apa yang aku perlu berikan padamu..dia memberitahu cukuplah dia memberi waktu untuk dia membaca buku di kedai tersebut. Buya Hamka seorang yang suka membaca.
Buya hamka tak mahu menjadi bayang-bayang ayahnya walaupun ayahnya memaksa beliau belajar. Dia mahu menjadi diri sendiri. Buya hamka tidak pernah minta apa2 dari ayahnya.. Pada umur 16 tahun dia meminta izin dari ayahnya untuk pergi merantau.. Ayahnya cuba melepaskan dirinya walaupun terpaksa.. Dia pun mengembara ke tanah jawa dan bertemu abang iparnya iaitu merupakan anak murid terpandai ayahnya. Dia belajar dengan abang iparnya.. Di sini bermula karya2nya.. di sini lah kita lemah.. kita jadi seperti katak di bawah tempurung.. ketika buya hamka belajar dari abangnya di situ la dia mengukuhkan jati dirinya. Jangan kita hanya belajar tapi tidak ada jati diri. Contohilah buya hamka.. buya hamka ingin ke Mekah dan beliau berangkat ke sana dan belajar di sana. Dia tidak punya apa-apa saat itu.. wang mahupun harta.. setelah 2 tahun berada di mekah, atas nasihat seorang tokoh Indonesia, beliau pulang ke Indonesia. Beliau balik dan berjumpa ayahnya, ayahnya melihat kelainan tentang perwatakannya, percakapannya.. selepas itu beliau menubuhkan Madrasah Muballighin.. Pada tahun 1936 dia berfikir jika aku berada di sini (madrasah) hanya menjadi guru sekolah kecil, aku tak mampu untuk pergi lebih jauh. Lalu beliau berangkat ke medan, dia menulis buku yang bertajuk "Merantau Ke Deli". Di Medan dia aktif dalam penulisan. Pada usia 22 tahun beliau balik ke padang panjang untuk melihat sekolahnya.. Sekolah itu telah berjaya dan di ketuai oleh anak muridnya. Beliau kembali ke Medan dan melawan penjajahan Belanda ketika itu, beliau sering mengelak dari di kejar oleh pegawai Belanda kemudian beliau lari ke Jakarta dan menjadi ketua Jabatan Agama di sana tanpa ada Ijazah.. Di sana beliau menunjukkan karakter yang sebenar iaitu tegas, lembut, romantik pada tempatnya. Beliau seorang yang romantik terhadap isterinya. Pada titik yang sangat genting beliau di penjarakan oleh Soekarno. Beliau belajar sekali dengan Soekarno ketika kecil. Ketika Buya Hamka di penjarakan wajahnya berseri seri tanpa rasa risau dan gundah. Masa berada di penjara beliau sering membaca Quran, satu ayat hingga satu ayat, satu surah hingga satu surah hingga beliau khatam. Selepas itu beliau merenungi satu demi satu ayat quran hingga habis 30 juz.. Bagi Buya Hamka, Penjara bukanlah sesuatu yang menakutkan berbanding dengan perjuangan zaman Rasulullah s.a.w. Jika ingin menjadi orang yang berjaya, perlu melalui proses iaitu tangga demi tangga tidak boleh dari atas tangga, ia akan menyebabkan kita jatuh. Ada 1 peristiwa yang ketika keluar penjara beliau bertanyakan di mana Soekarno, sedangkan ketika itu pemerintahan Soekarno telah berlalu. Hal ini menyebabkan orang ramai tertanya-tanya kenapa beliau mencari Soekarno, mungkin ingin membalas dendam terhadap Soekarno tetapi ia tidak berlaku. Dia memberitahu yang dia ingin menjalankan perhubungan. Ada seseorang yang berjumpa dengan Buya Hamka dan menyerahkan sepucuk surat lalu Buya Hamka membacanya "Jika aku mati kelak, aku mengharap Hamka yang sembahyangkan aku".. Lalu beliau bertanya di mana Soekarno, orang tersebut memberitahu bahawa Soekarno sudah meninggal lalu beliau segera ke hospital dan segera sembahyangkan tanpa rasa dendam sebaliknya beliau berterima kasih kepada Soekarno, kerana Soekarno aku boleh bersama Quran. Buya Hamka menjadi seorang ulama Indonesia dan mengeluarkan fatwa-fatwa di Majlis Jabatan Agama Indonesia..