Neo Counter

Tuesday, May 21, 2013

Belajar Jujur

Kata orang,
Jujur itu mulia,
Kerana bila kita jujur
segalanya akan jadi sempurna..

Kata orang,
Jujur itu payah,
Kerana kita mampu mengatakan jujur,
Tetapi untuk melakukannya,
Tidak semudah yang dikatakan..

Kata orang,
Jujur itu amanah,
Kerana bila kita tidak jujur,
Ianya umpama pecah amanah,
Yang mengakibatkan semuanya musnah..

Kata orang,
Untuk belajar jujur dan amanah payah,
tetapi cubalah belajar kerana apabila kita tidak mahu belajar,
Usah dipersalahkan kalau orang tidak mempercayai kita lagi..