Neo Counter

Monday, October 25, 2010


Hi5 Love Winter Graphics Comments
More Cute Comments hi5

More Cute Comment hi5

Dia Ditakdirmu Di Syurga

Hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sehaluan dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras.

Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa? Mengapa? apa berlegar, membunuh daya mampu dan mahu.

Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.

Berkali-kali kita diingatkan, manusia tak lari dari dugaan, sering diduga dan menduga.
Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya.

Justeru, masalah akan ada di mana-mana tanpa di seru atau di pinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut.

Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahi tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan.

Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar kita agar tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara.

Kita kian tenang dalam damai ketika mencari Cinta Ilahi Nan Abadi.

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik jugaAllah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi.

Keluarga ibarat sebuah negara, suami ialah seorang pemimpin menerajui sebuah kerajaan besar, tidak boleh dipandang remeh.

Berjaya atau tidak seorang suami itu dilihat berjaya atau tidak anak buah di bawah jagaannya.

Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidak-sempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama, syariat aturan daripada al-Quran dan as-sunnah.

Tidak ada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.

"Kali ini sudah dua kali peluang saya berikan, tapi abang msih tidak mahu berubah.." rintih seorang isteri bila mana tahu si suami main kayu tiga.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.

Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras, manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji kecantikan pasangan.

Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan, namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan itu dan ini.

Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan, khabar tidak seindah rupa.

Tidak boleh menjadi idealistik. Banyak tanggungjawab harus dipikul, banyak keseronokan masa bujang yang terpaksa dikorbankan, kerenah anak-anak yang bisa mengugat kesabaran.

Bila dah berumahtangga, suami isteri bukan sahaja berkongsi satu bilik, satu katil, satu almari, tapi juga satu rasa, satu tanggungjawab. Bebanan kewangan diatasi, dikoreksi bersama.

Di sini, cinta akan mekar berputik, kekurangan ada di sebelah pasangan dilengkapkan pasangan lain.

Usia perkahwinan juga akan melalui pra-matang, maka dalam tempoh demikian, terlalu banyak agenda perlu dirangkumkan, apa patut didahulukan, dan apa yang patut dikemudiankan.

Thursday, October 21, 2010

Kepedihan dlm sanubari

Pedihnya hati tiada siapa yg thu..


Deritanya jiwa tiada yg mengerti..

Wahai hati, brsbrlh dgn telatah dunia yg memberikn nikmat smntara, ingatlh janji syurga tok org yg bertaqwa e2 pasti...

Ya Allah..
Betapa kerdilnya diriku..
Betapa lemahnya imanku..
Betapa hinanya driku..

Ku mohon keampunan darimu..
Ku mahukan keredhaan drimu..